Tuesday, 19 June 2012

SIRAMAN HATI


Allah SWT berfirman dalam QS 2:216
yang bermaksud;

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"


Tiada yang sempurna dalam dunia ini sebab dunia ini pun memang tidak kekal. Sesungguhnya kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT. 


Tidak semua yang kita minta kepada Allah akan kita dapat sebab Allah SWT hanya memberikan segala yang kita perlukan. Oleh itu, janganlah kita membenci secara berlebihan terhadap sesuatu yang kita rasa tidak kita sukai sebab boleh jadi sesuatu itu adalah baik untuk kita. Demikian pula sebaliknya, janganlah kita mencintai secara berlebihan terhadap sesuatu yang kita sukai sebab boleh jadi sesuatu  itu adalah buruk bagi kita.


Sesungguhnya baik menurut kita, belum tentu baik menurut Allah SWT dan buruk menurut kita, mungkin itulah yang terbaik disisi Allah SWT untuk kita. Keredaan Allah SWT yang perlu kita cari supaya segala yang kita inginkan dapat kita perolehi melalui keredaan Allah SWT.


Ingatlah juga untuk sentiasa bersyukur dengan segala yang diberikan oleh Allah SWT sebab Allah sentiasa memberikan segala yang kita perlukan. Jangan berkeluh-kesah (mengeluh), kerana sifat mengeluh menunjukkan kita kufur nikmat (tidak bersyukur).


Dalam hidup ini, kita kadang-kadang lalai sehingga setan dengan mudahnya memperdaya diri kita. Perasaan tidak berpuas hati dengan segala yang telah dimiliki dapat menghalang diri kita untuk dekat dengan Allah SWT. Jangan biarkan keberkatan hidup kita menjadi hilang kerana perasaan tidak berpuas hati.


Marilah kita sentiasa mengingatkan diri kita untuk tidak lalai dan selalu mensyukuri segala yang kita miliki. Sebab mungkin suatu hari nanti Allah SWT akan mengambil semula nikmat yang telah diberikan kepada kita. Pada masa itulah kita baru akan sedar kerana perasaan kehilangan terhadap sesuatu yang pernah kita miliki. Jauhkan diri kita dari sifat mengeluh. Akan tetapi, ikhlaskan diri kita dalam menghadapi dan menjalani kehidupan ini.


Marilah kita sentiasa berfikiran positif di dalam hidup ini supaya kita dapat merasai bahagia dan ketenangan hidup. Jauhkan diri dari sifat berfikiran negatif. Jauhkan diri dari sifat berburuk sangka kerana sifat-sifat yang demikian itu akan menjadi penyakit dalam hati dan hidup kita.


Dengan begitu, kita boleh mendapatkan dan menjalani kehidupan yang penuh berkat, yang diberkati oleh Allah SWT.


Ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat, Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.  


Allah SWT berfirman dalam QS 103:2-3
yang bermaksud;

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dalam kebenaran serta berpesan-pesan dalam kesabaran "



العربية للمبتدئين


Vocabulary: Buildings

Types of Buildings

English
Arabic Singular
Arabic Plural
Building
بِنَايَة
بِنَايَات
Floor / Story
طَبَقَة
طَابِق
طِبَاق
طَوَابِق
Apartment
شَقَّة
شُقَق
House
بَيْت
بُيُوْت
Estate / House
دَار
دُوَر/دِيَار
Mansion / Castle / Palace
قَصْر
قُصُوْر
Restaurant
مَطْعَم
مَطَاعِم
Hotel
فُنْدُق
فَنَادِق
University
جَامِعَة
جَامِعَات
College
كُلِّيَة
كُلِّيَّات
Bank
مَصْرِف
مَصَارِف
Library / Bookstore
مَكْتَبَة
مَكَاتِب
Office
مَكْتَب
مَكَاتِب
Museum
مَتْحَف
مَتَاحِف

Places in a Building

English
Arabic Singular
Arabic Plural
Room
غُرْفَة
غُرَف
Kitchen
مَطْبَخ
مَطَابِخ
Washroom
مَغْسَل
مَغَاسِل
Bathroom
حَمّام
حَمَّامَات
Lavatory / Toilet
مِرْحَاض
مَرَاحِيْض
Reception
إِسْتِقْبَال

Bedroom
غُرْفَة النَوْم
غُرَف النَوْم
Dining room/table
سُفْرَة
سُفَر
Yard
حَدِيْقَة
حَدَائِق

Common Items in a Building

English
Arabic Singular
Arabic Plural
Window
شُبَاك
شَبَابِيْك
Door
بَاب
أَبْوَاب
Carpet / Rug
سَجّادَة
سَجَاجِيْد
Table
طَاوِلَة
طَاوِلاَت
Bed
سَرِيْر
سُرُر
Chair
كُرْسِيّ
كَرَاسِيّ
Book
كِتَاب
كُتُب
Pen / Pencil
قَلَم
أَقْلاَم

Monday, 18 June 2012

العربية للمبتدئين


Vocabulary: Time

Intervals of Time

English
Arabic Singular
Second
ثانِية
Minute
دَقيقة
Hour
ساعة
Day
يَوْم
Week
أُسْبوع
Month
شَهْر
Year
سَنة
عام
Decade
عَقْد
Century
قَرْن


Relative Times

Arabic
English
سابِق
Previous
سَالِف
Previous / Preceding
تَالٍ
Next
قَادِم
Upcoming
لَاحِقَة
Following / Subsequent
الآنَ
Now
أَمْسِ
Yesterday
اليَوْم
Today
غَد
Tomorrow
مَاضٍ
Past
حَال
Present
مُسْتَقْبَل
Future

السلام عليكم ... أهلا و سهلا


Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru Sesi Jun 2012...
Selamat datang kepada pelajar-pelajar Diploma Pengajian Islam - Sesi Jun 2012


Selamat datang ke Kolej INSTEDT... Selamat memasuki alam perkuliahan. Kini anda telah menjejakkan kaki di peringkat pengajian tinggi. Ini bermaksud anda perlu mengubah cara berfikir anda menjadi seorang pelajar pengajian tinggi, dan bukan lagi murid sekolah.


Di Kolej ini, anda akan diajar untuk berdikari dan dibekalkan ilmu untuk keperluan masa hadapan anda.


Walaubagaimanapun, kejayaan anda bergantung kepada diri dan usaha anda. Bukan semata-mata ilmu yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah anda. Selain itu, sentiasalah berdoa, memohon kepada Allah SWT agar dibukakan hati dalam menuntut ilmu dan dimudahkan segala urusan. Jangan lupa, sentiasalah meminta restu kedua-dua ibubapa di dalam segala perkara yang dilakukan kerana keredaan Allah terletak pada keredaan ibubapa.


Semangat ... semangat ... semangat ...


Jangan menyerah kalah dengan masalah-masalah yang dilalui kerana tiada kesempurnaan dalam hidup ini, melainkan kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT.


Ingatlah bahawa sesungguhnya segala masalah dapat diselesaikan dengan kesabaran. Sebagaimana di dalam Al-Qur'an disebutkan ; (QS 94:6-7)



فَإِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا ﴿5 
إِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا ﴿6



"Maka sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kesenangan/kemudahan, sesungguhnya bersama kesukaran itu terdapat kesenangan/kemudahan"


Oleh itu, jangan mudah berputus asa kerana Allah SWT dengan jelas telah menjanjikan bahawa disebalik tiap-tiap kesukaran yang dihadapi terdapat kemudahan dan kebahagiaan yang menanti.


Selamat belajar ...
Semoga kejayaan sentiasa bersama anda.





Tuesday, 20 March 2012

PROGRAM BARU

Assalamu'alaikum

Bermula Sesi Jun/Julai 2012, beberapa program baru akan ditawarkan di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT). Program-program tersebut adalah Diploma Kesetiausahaan Kesihatan, Diploma Grafik Media Digital dan Diploma Pengajian Islam Kontemporari. Beberapa program lain lagi sedang dirancang untuk dijalankan di INSTEDT.

Salah satu program baru akan diletakkan di bawah Jabatan Bahasa adalah Diploma Pengajian Islam Kontemporari. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kelebihan yang berlainan melalui kursus-kursus yang mereka dapati sepanjang tempoh pengajian sehingga mereka dapat menceburi pelbagai bidang kerjaya yang dicita-citakan, yang bukan sahaja di institusi keagamaan.

Program Diploma Pengajian Islam Kontemporari merupakan program yang mempunyai perbezaan dengan program-program pengajian Islam yang telah dijalankan di pelbagai tempat kerana program ini akan mendedahkan kepada pelajar beberapa kursus yang menjadi keperluan semasa. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan tentang Islam dan pengkajian Islam, iaitu Bahasa Arab, Balaghah, Fiqh dan Usul Fiqh, Pengkajian Al-Qur'an dan Hadis, Sejarah dan Tamadun Islam, Ekonomi Islam, Komunikasi dan Dakwah Islamiyah, Pemikiran Islam Semasa, dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan tentang Bahasa Inggeris, teknologi maklumat, pengurusan perniagaan, sistem perakaunan, perundangan Islam dan sains dalam Islam.

Pendekatan yang dilaksanakan bagi menghasilkan graduan yang serba boleh adalah menghantar pelajar-pelajar mengikuti latihan industri dalam sektor-sektor yang mempunyai permintaan tinggi seperti, perbankan, perundangan perkhidmatan serta badan-badan kerjaan. pendekatan ini diterapkan kepada mereka bagi membentuk modal insan yang berkeperibadian mulia, cekap, berinovasi, berkualiti dan proaktif dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dengan kemajuan industri di samping membantu dalam menggerakkan perekonomian negara dan memajukannya, selaras dengan aspirasi negara dan falsafah pendidikan negara. Program ini juga memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam mendalami Islam, sehingga mereka mempunyai asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran kemajuan sains dan teknologi.